Thursday, September 15, 2011

Blueberry cheese cake

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ni aku nk kongi ngan korang cam ne wat blueberry cheese cake. Untuk pengetahuan korang, cheese cake ni ade 2 jenis, satu jenis yg baked (bakar) satu lagi jenis yg unbaked ( tak pyh masak). Aku suke yg baked sbb kalau yg unbaked ni, kene gune gelatin, gelatin ni plak hal nyer, byk yg tak halal. Oleh sbb tu, buat je la yg baked. Resepi nie senang je. Jom kite tengok bahan die.

Bahan-bahan:

175 gram Digested biscuits
75 gram butter
450 gram cream cheese
1 sudu besar esen vanilla
150 gram golden custor sugar, plain custor sugur leh gak gune
4 biji telur ayam
300 gram fresh blueberry

Ok, dh tau kan bahan2 die. Walaupun aku dh tulis bahan2 kat atas tu, korang leh je tukar2 ikut suke korang. Kalau korang nk tebal cake ni punya based, tambah lagi Digested Biscuit tu. Cream cheese pn tak kisah la ape jenama pn, janji ape yang penting HALAL. Hehehe. Aku suke gune fresh bleberry sbb rase nye tak masnis cam blueberry fillng tu. Boleh didapati kat mane2 supermarket. Aku beli kat JJ Bukit Tinggi je. RM 9.90. Huhuhu. Blueberry ni, kalau letak lagi byk lagi sedap. Tapi rabak sikit la poket kn. Hahaha, tengok la harga nye. Tak pe, sedap punyer pasal, sanggup beli.

Ni la rupenyer nyer frsh blueberry.
Cara-cara membuat:

1) Cairkan butter tu. Then masukkan ke dalam digested biscuit yang telah dihancurkan tu. Pastu masukkan
    dalam spring cake tin yang berukuran 24-25 cm. Ratakan biskut tu, sehingga menutupi bawah tin cake tu.
    Masukkan kan fresh blueberry. Sementara kita nk buat cream cheese filling, kita masukkan bende ni tdi
    dalam peti ais.

Digested biscuit yg telah dicampur ngan butter yg telah dicairkan

setelah diratakan

Ratakan blueberry

2) Sekarang ni kite nk buat cream cheese filling plak. Ok, pakai mixer tau, jgn kacau pakai tangan. Hahaha.
    Masukkan cream cheese, gula custor, esen vanilla dan 4 biji telur ayam tu dalam mangkuk, dan pukul
    sampai lite and creamy. Hehehe. Pastu, kuarkan tin cake tadi dan curah je cream cheese tu dlm tin tu.

Hah, ni la upenye yg lite n creamy tu. Hitam tu esen vanilla, aku lupe plak nk masukan kn. Nasib baik ingat.

3) Last sekali, masukkan dalm oven. Masak dengan suhu 180 degree celcius selama 40 minit, atau pun
    sampai warna permukaan cream cheese tu, pale yellow. Pastu, tunggu die sejuk dul, baru potong.
    Kalau korang makan time panas, seolah-olah ko mkn pizza. Meleleh je cheese nyer. Hahaha.


Siap sedia untuk dibakar.

Kat bawah ni gambar2 kek yang telah pn siap dimasak. Tapi cam sayang plak nk makan. Hahaha. Aku buat based die tebal sikit, jadi tak la muak makan cream cheese aje.






Ok kawan2, selamat mencube ye...
Hehehe....






Sunday, September 11, 2011

Sharing is caring..

Assalamualaikum w.b.t

Tadi, time godek2 youtube ni, tetibe jumpe video ni. Best gak la suara mamat ni. Try la dengar.


Thursday, September 8, 2011

Celcom Oh Celcom

Assalamualaikum w.b.t


Petang tadi aku menerima sms dari Celcom yang berbunyi...

"Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan". 

"What the fish", ni bende yang pertama kuar dari mulut aku. Naper plak kan kite kene bayar plak kn. Hadoi. Kalau kita nak beli topup RM 10 kite kena tambah 60 sen, jadi terpaksa lah bayar RM 10.60. Tapi bukan untuk pengguna celcom je tau. Semua skali. huhuhuhu.....

Buat pengetahuan korang, bende ni mmg dh biase dh kalau kat area Sabah dan Sarawak. Maksud aku, caj perkhidmatan ni. Time ak blaja dul kat Kota Kinabalu, kalau orang jual topup ni, dieorang mest caj extra 50 sen. Jadi kalau kita nk beli topup RM 10, kite kene bayar RM 10.50. Same gak situasi nye kat Sarawak.

Ok lah, pada pendapat korang la kn, naper dieorang wat cam ni. Tetibe je ade caj perkhidmatan. Kalau perkhidmatan dieorang ni bagus sangat, tak pe la. Ni, nk hubungi operator je dh berjam-jam. Hadoi. 

Lagi2 kalau broadband, mmg sakit hati betul, ari tu, ak terlupe nk byr bil broadband ni, terus kene suspended ak punyer line. Bangang betul, ish, terpakse la g byr jugak walaupun sibuk nk beraye kat umah kengkawan. Malam tu, aku try la gune, tpi Allah je tau macam mane slow nyer bende tu. Aku rase dil up connection TM lagi laju kot. Sabo je lah ye cik kiah, nk wat cam ne dh dieorang service provider, ikut je la...Hampas kelape betul.



Wednesday, September 7, 2011

Secret Admirer

Assalamualaikum.....

Aku percaya korang mest penah dengan pasal secret admirer ni kan. Betul tak. Sama ada korang yang admire kat orang tu atau pun seseorang admire kat korang. Hehehe. Aku pn pena gak admire kat orang tu. 
Pada pendapat korang ape ciri2 orang tu yg leh korang admire kat die?. 

Aku gerenti la kalau pompuan, mest cantik dan comel. Kalau lelaki plak mesti ensem, kaya dan bergaya. Hahaha, betul tak. Macam aku plak, cantik atau comel tu mmg menjadi antara faktor yang buat aku admire kat seseorang tu. Selain tu, aku tgk gak perangai dan sifat die. Yela, kalau cantik je perangai hampeh, nk buat ape gak kn. Ish3...

Kite akan buat macam2 kn untuk tarik perhatian die. Kalau time sekolah dulu, tiap kali ade persatuan buat jualan bersemperna hari persahabatan ke, hari kekasih ke, hari guru pn same gak, mest kite belikan hadiah utk org yg kite admire tu. Pastu tulis kat kad, ''your secret admirer' Hahahahaha...Kelakar sesangat bile diingatkan balik. Kalau kat facebook ni plak, kite mest akan comment wall die, kalau die balas, Ya Allah, bahagianya, cam dunia ana yang punya, betul tak korang sume?. 

Korang pena tak terfikir tak, satu hari nanti, korang nk bgi tau yg korang admire kat die giler2 punyer admire. Hahaha...ade berani. Macam aku, biarlah ia kekal sekadar secret admirer je. Hehehe. Yelah, aku ni tak ensem pn, tak kaya cam die. Senang citer cam langit dan bumi la. Sejak dari tu, aku sedar sapa lah aku ni. Cam lagu Amy Mastura tu la. Hehehe. Malas dh nk admirer2 kat orang nie. Baik aku admire kat Nabi Muhammad tu lagi bagus. Lagi hebat, Nabi Muhammad mempunyai peribadi yang terpuji diantara semua manusia. Betul tak korang?. 

Tuesday, September 6, 2011

Mangifera indica

Sapa tau ape tu Mangifera indica. Hahaha, kalau sape amik agriculture mesti dieorang tau. Mangifera indica ni adalah pokok mangga. Sape tak pena tengok pokok mangga sila angkat telinga. Hahahaha. Kat bawah ni pokok mangga, sape tak pena tgk, tgk la puas2 yek. 


Kenapa aku pilih pasal pokok manga untuk tajuk blog ari ni. Cube teka cube teka...sape dpt aku bagi RM 1.
Hahaha. Ada yang dapat tak, ermm, tak de, tak pe lah. Meh sini dengar aku citer.


Tadi, time aku kuar nak bawa kucing aku g klinik, aku ternampak satu pokok mangga tu. Terkasima aku tgk kegondolan pokok mangga pak cik A tu. Huhuhu, giler sayang wei, byk buah nya, manis giler plak tu.


Pastu aku pn masuk kete, terus drive ke KRU (Kampung Raja Uda). Tak sampai 15 minit aku sampai kat klinik haiwan tu. Aku terus bawa masuk si Zorry ke dalam. Pas daftar, aku ikut Doc tu masuk bilik die. Doc tu ckp Zorry keracunan makanan. Doc suruh aku beli glucose bgi si Zorry minum untuk tenaga. 


Pas selesai sume, aku balik umah. Kembali pasal pokok tu, ibu cakap, pak cik B yang gondolkan pokok tu. Sebabnya, pak cik B cakap, getah pokok tu kene kete die. Berfikir kejap aku.


(Beberapa bulan lalu)


Seperti yang kite sedia maklum, kalau rumah teres ni, kat depan tu mesti ade sikit tanah, untuk tanam2 pokok bunga ke ape ke tpi tak la besar sangat. Kalau pokok yang besar cam pokok mangga tu sebatang je boleh. Pak cik A ni, tanam pokok mangga ni utk meredupkan suasana rumah. Tapi pak cik B ni plak, die simen sume kawasan tanah kat depan umah die tu. Almaklum la, ade byk kete la kn..Hehehe....


Bile pokok tu dh besar, biase la kn, dahan pokok tu menjulur lah kat kawasan umah pak cik B. Pak cik B pun ape lagi terus die trim dahan tu. Gondol sikit la, bukan die nk kemas balik, bapak aku jugak yang kemas, hamper betul. Skarang nie plak, die trim lagi pokok tu sbb die ckp getah pokok kene kete die. 


Bile di tengok balik kn, kawasan yg pak cik B nie letak kereta adalah kawasan umah pak cik A. Ape kejadahnyer plak die sesuka hati je nak gondol2kn pokok orang. Tak ke kureng ***** namanya tu. Kalau nk gondolkan pn, mintak la kebenaran ngan tuan punya pokok dan kawasan, ni tak main potong je. 


Patut lah adik aku ckp, die dpt sms dri anak pak cik A ni. Die ckp pak cik B ni dh melampau, sesuke ati je potong2 pokok orang. Tengok tu, kan dah ade conflict tu. Tula, kita ni kalau hidup berjiran, kene lah bertoleransi sikit. Kalau ade prob bincang sesame, jgn nk ikut kepale sendiri je. Sebab dah name pun kejiranan kan, mest lah ade ramai penghuni nya. Kalau nk ikut kepala sendiri, beli tanah, buat rumah kat tanah  tu. Buat la ape yang die nk buat. Betul tak kawan-kawan. 


**Aku ade byk gambo tpi family aku tak bagi masukkan dlm blog ni utk menjaga hati. Huhuhu** 




Pokok mangga yang gondol. Ish3....

Monday, September 5, 2011

The Road Not Taken

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I–
I took the one less traveled by,

Poem ni menceritakan tentang pemilihan jalan iaitu jalan yang bersih dan satu lagi jalan yang penuh dan ditutupi dengan daun. Jalan2 ini melambangkan pilihan hidup kita. Dalam sajak ini, penyajak iaitu Mr. Robert Frost telah memilih jalan yang dipenuhi dengan daun2 yakni jalan yang kurang dilalui atau dipilih oleh orang ramai. 
Apabila membaca sajak ini, aku teringat tentang pilihan jalan yang aku buat hampir 6 tahun lepas. Yup, I followed exactly like Mr. Robert Frost. Aku pilih jalan yang penuh dengan dedaun dan juga penuh dengan duri-duri di bawah daun tu. Selepas beberapa ketika, aku tersedar dan ingin kembali ke permulaan jalan tadi dan mengambil jalan yang satu lagi. Tapi malangnya aku gagal kerana terlalu banyak halangan yang terpaksa ditempur. Aku teruskan juga perjalanan yang penuh liku dan dugaan ini.
Moral of the story is, pilih la jalan hidup anda sebetul-betulnya. Jangan peduli ape orang nk cakap kerana ini hidup anda. Baik atau buruk, anda yang akan lalui nya bukan dieorang. 









Kucing Oh Kucing

Berita sedih selepas sampai je ke rumah. Dah la time tu tension dan tgh hangin sebab tak dapat balik Palong. Dalam hati, tak pe la tak dpt blik Palong, leh jumpe kucing2 aku kat umah. Aku ade 7 ekor kucing, 4 ekor baby lagi 3 ekor lagi dh besar dh. Disebabkan nak balik Johor punya pasal, terpaksa la letak kucing2 tu kat luar. Sebab kalau tinggal dalam rumah, macam2 hal nant kucing2 tu buat. Ibu aku letak 2 mangkuk besar wiskes dan 1 baldi air utk kucing2 tu. Dari mula, aku dh tak sedap ati.

Hari Khamis malam ( 3 Syawal ) aku sampai rumah. Ak tak dpt parking kete sbb tunggu ade chinese guy tu parking depan umah aku. Aku pn turun kete mencari kucing2 kesayangan aku tu. Aku jumpe comel. Tak lame pastu, aku jumpe putih (baby kucing, anak kepada comel) kat belakang tayar kereta lelaki cine tadi tu. Allah je tau cam ne perasaan time tu. Mate putih sebelah kanan terkeluar, kepala die sebelah penyek. Ak terus angkat putih, sebelum lelaki cine tu undur kereta die. Aku speechless time tu. Ayah aku punya la marah, habis sume maki kuar kat mulut die. 

Habis sume kucing aku hilang, Si comot, si oren (ni kucing aku paling sayang), si tompok, si zorry, si bulat dan si putih ( kucing yang mati tadi. Terus ak bad mood ari tu, tapi Alhamdulillah, Zorry dan bulat balik umah keesokan hari nya. Sehari lepas tu, adik aku cakap die nampak oren tergolek kat tepi jalan. Adik aku cakap, orang yg depan rumah tempat oren mati tu bg tau die, oren tak sihat. Sbb tu die mati. Tak logik betul. Aku tinggalkan dieorang sume dlm keadaan sihat, cam ne lak tetibe leh sakit, anak kucing ni pun leh idup. Sekarang, hanya tinggal 3 ekor je kucing kat umah aku, si comel ngan anak die, si bulat ngan zorry. 


Putih



Tompok



Oren


Comot


Rindu betul aku dengan sifat mengada-ngada si oren, kelincahan si tompok ngan putih dan kenyaringan suara si comot :-(