Tuesday, September 6, 2011

Mangifera indica

Sapa tau ape tu Mangifera indica. Hahaha, kalau sape amik agriculture mesti dieorang tau. Mangifera indica ni adalah pokok mangga. Sape tak pena tengok pokok mangga sila angkat telinga. Hahahaha. Kat bawah ni pokok mangga, sape tak pena tgk, tgk la puas2 yek. 


Kenapa aku pilih pasal pokok manga untuk tajuk blog ari ni. Cube teka cube teka...sape dpt aku bagi RM 1.
Hahaha. Ada yang dapat tak, ermm, tak de, tak pe lah. Meh sini dengar aku citer.


Tadi, time aku kuar nak bawa kucing aku g klinik, aku ternampak satu pokok mangga tu. Terkasima aku tgk kegondolan pokok mangga pak cik A tu. Huhuhu, giler sayang wei, byk buah nya, manis giler plak tu.


Pastu aku pn masuk kete, terus drive ke KRU (Kampung Raja Uda). Tak sampai 15 minit aku sampai kat klinik haiwan tu. Aku terus bawa masuk si Zorry ke dalam. Pas daftar, aku ikut Doc tu masuk bilik die. Doc tu ckp Zorry keracunan makanan. Doc suruh aku beli glucose bgi si Zorry minum untuk tenaga. 


Pas selesai sume, aku balik umah. Kembali pasal pokok tu, ibu cakap, pak cik B yang gondolkan pokok tu. Sebabnya, pak cik B cakap, getah pokok tu kene kete die. Berfikir kejap aku.


(Beberapa bulan lalu)


Seperti yang kite sedia maklum, kalau rumah teres ni, kat depan tu mesti ade sikit tanah, untuk tanam2 pokok bunga ke ape ke tpi tak la besar sangat. Kalau pokok yang besar cam pokok mangga tu sebatang je boleh. Pak cik A ni, tanam pokok mangga ni utk meredupkan suasana rumah. Tapi pak cik B ni plak, die simen sume kawasan tanah kat depan umah die tu. Almaklum la, ade byk kete la kn..Hehehe....


Bile pokok tu dh besar, biase la kn, dahan pokok tu menjulur lah kat kawasan umah pak cik B. Pak cik B pun ape lagi terus die trim dahan tu. Gondol sikit la, bukan die nk kemas balik, bapak aku jugak yang kemas, hamper betul. Skarang nie plak, die trim lagi pokok tu sbb die ckp getah pokok kene kete die. 


Bile di tengok balik kn, kawasan yg pak cik B nie letak kereta adalah kawasan umah pak cik A. Ape kejadahnyer plak die sesuka hati je nak gondol2kn pokok orang. Tak ke kureng ***** namanya tu. Kalau nk gondolkan pn, mintak la kebenaran ngan tuan punya pokok dan kawasan, ni tak main potong je. 


Patut lah adik aku ckp, die dpt sms dri anak pak cik A ni. Die ckp pak cik B ni dh melampau, sesuke ati je potong2 pokok orang. Tengok tu, kan dah ade conflict tu. Tula, kita ni kalau hidup berjiran, kene lah bertoleransi sikit. Kalau ade prob bincang sesame, jgn nk ikut kepale sendiri je. Sebab dah name pun kejiranan kan, mest lah ade ramai penghuni nya. Kalau nk ikut kepala sendiri, beli tanah, buat rumah kat tanah  tu. Buat la ape yang die nk buat. Betul tak kawan-kawan. 


**Aku ade byk gambo tpi family aku tak bagi masukkan dlm blog ni utk menjaga hati. Huhuhu** 




Pokok mangga yang gondol. Ish3....

No comments:

Post a Comment