Saturday, October 8, 2011

Peristiwa 3.50 pagi

Benda ni berlaku jam 3.50 pagi ( 9 Oktober 2011 ).
Time tu aku bru je nak lelapkan mate. Tetibe, aku dgr ade org ketuk pintu, kuat giler die ketuk. Macam nak pecah pintu umah aku ooo. Aku pn terus kuar dari bilik.

Aku dengar org tu cakap, amma appa. Hahaha. India la tu wei. Macam mintak tolong. Lepas tu die ketuk pintu lagi. Aku teringin betul nk tgk sape yg ketuk tu. Ape lagi aku pn nk bukak pintu, tpi tetibe je mak aku kuar, terus tak jdi bukak pintu. Huhuhuhu...

Makin lame makin kuat plak suare orang tu. Makin ramai pulak, Macam2 bunyi aku dengan, tumbukan la, sepakan la, tendangan la, lempangan pun ade. Hahaha. Ak call ayah, tpi tak dpt plak, maybe sbb keje kot. Pastu aku terus call 999.

Time die amik alamat ak tu ok je, tpi time die pass kat balai polis, lambat giler call diangkat. Bapak menyirap darah aku time tu. Dah la kat luar umah ak nie die orang tengah wat kenduri pukul memukul. Kalau kat luar kawasan umah ak, aku tak kisah beb, pukul la sampai mati pn, ni dalam kawasan umah aku wei. Tak ke seram tu. Nasib baik lah pintu umah ak ni kukuh lagi. Huhuhuhu..

Ok, berkenaan ngan polis tadi plak, agak lame menunggu. Aku rase kalau aku kena blasah ni, mmg mati dh kot. Huhuhuhu. Pas die angkat, terus aku bgi alamat die confirmkan alamat umah aku. Jadi, ak pn tunggu la abg2 polis datang umah aku ni hah. 

Tunggu punya tunggu, tak dtg2. Sampai orang yg bergadoh tadi dh bla entah ke mane tak. Mak aku cakap dieorang dah bla naik lori. Huhuhu. Entah la. Aku jenguk kat luar, mmg dh tak de orang dh. Just ade kete Wira milik jiran aku je yg ade kat depan rumah. 

Aku bukak pintu, dh ramai jiran kat depan umah aku. Termasuk la jiran cina yg baru pinda kat depan umah aku ni. Walaupun tak berapa rapat, hal2 cam ni, dieorang sangat prihatin. Die siap tolong round lagi nk cari lori tu. Masing2 tanya nape kat mak aku, sbb dieorang dgr bunyi bising. Sampaikan jiran aku yg kar sebelah hujung skali pn dengan bunyi bising tu. 

Tak lame pastu ade la 2 3 orang kawan ayah ak dtg. Time aku call polis tadi, ayah aku call mak aku. Huhuhu, ayah keje jdi ayah suruh kawan die je yg dtg tgk umah. Jiran cina aku tu ckp, die punyer parent call die pas tgk ade india tu masuk dan bergadoh kat umah aku. Die ckp, time die nk balik, die bertembung ngan lori yg india tu naik, menghala ke pendamaran. 

Tetibe polis tu call aku, die tanya alamat aku ni kat mane, huhuhuhu, hampeh siot. die leh plak salah masuk taman. Pastu die ckp, die terima salah info plak. Nak dengan 20 minit la, bru la abg polis ni dtg. Tanya aku 2 3 soklan, pastu dieorng bla. Dieorang cakap die orang nk wat rondaan. Alahai, aku rase lori tu dh g jauh ko. Alahai abg2 polis. 

Check2, byk kesan darah, kat lantai sume. Kete adik aku kemek sikit. Batang paip patah. Nasib baik india tu tutup paip tu. Hahaha. Kiteorang sume masuk umah jam 4 lebih cam tu. Pas subuh baru aku dpt tdo balik.  Seram giler ooo bile diingatkan balik benda ni. Ape2 pn terima kasih la kpd jiran2 yang amik berat. Walaupun jiran cina tu bru pindah dan tak kenal pn, tpi kalau hal2 macam ni, kite akan bersama-sama. Alhamdulillah, keluarga aku tak de ape ape. 

Yang hampeh nyer, adik2 pompuan aku tak sedar pn time bende ni berlaku. Dieorang tau time pagi bile mak aku cite. Dieorang ckp dieorg tak dgr. Giler tido mati, jiran aku yang hujung skali pn leh dgr, ni kn pula yg dalam rumah. Haiyooo...

1 comment:

  1. adik2 perempuan daus tido bwh katil kot...
    tue yg x dgr...hihihi..:p

    ReplyDelete